SURVEY: APA KATA
PENGGUNA TENTANG PH KAPSUL BUASIR?
Pada 1 Disember 2018 hingga 10 Disember 2018, suatu survey
telah dijalankan bagi mendapatkan maklum balas daripada pengguna PH Kapsul
Buasir. Maklum balas ini terdiri daripada pesakit-pesakit yang mengalami
masalah buasir dalaman dan luaran.
Penggguna PH Kapsul Buasir yang memberi maklum balas ini merupakan
pengguna dalam tempoh rawatan 1 minggu hingga melebihi 3 bulan. Hasil maklum
balas ini adalah seperti berikut:
Buasir dapat terjadi pada semua golongan tidak kira lelaki
atau perempuan.1 Namun, pada survey ini, didapatkan, majoriti
pengguna PH Kapsul Buasir adalah lelaki iaitu sebanyak 72.7% berbanding perempuan.
Apakah ini menunjukkan majoriti pesakit buasir di Malaysia adalah dari golongan
lelaki? Dari hasil suatu penelitian yang dilakukan, mengatakan bahawa, majority
pesakit buasir yang ingin melakukan rawatan adalah lelaki.2 Survey
ini jelas menyokong hasil penelitian tersebut di mana majoriti pengguna PH
Kapsul Buasir terdiri dari lelaki.
Pesakit dengan
masalah buasir luaran sering merasa sakit pada dubur terutama saat membuang air
besar. Pesakit buasir dalaman pula jarang mengalami kesakitan kecuali terjadi
peradangan pada benjolan buasir akibat jangkitan kuman atau benjolan yang
tersepit. Ada juga pesakit yang menderita kesakitan pada dubur akibat dari luka
dubur (anal fissure) kerana najis keras. Hasil survey ini menunjukkan
81.8% pengguna PH Kapsul Buasir mengalami kesakitan pada dubur. Setelah
penggunaan PH Kapsul, ternyata 59.1% merasakan sakit pada dubur berkurang.
Manakala 9.1% sembuh dari sakit sepenuhnya. Hal ini jelas menunjukkan PH Kapsul
Buasir mampu mengurangkan kesakitan akibat buasir.
Masalah gatal pada dubur dapat disebabkaan adanya perdangan
yang dapat disebabkan pencemaran sekitar bahagian dubur sama ada akibat dari
jangkitan kuman, najis yang tidak dibersihkan secara sempurna atau kegatalan
akibat pemakanan yang mengandungi bahan allergen terhadap sesetengah pesakit.
Dari hasil maklum balas ini menunjukkan, 31.8% tidak mengalami kegatalan pada
dubur akibat buasir. Namun, pada pesakit yang mengalami gatal-gatal pada dubur
terbukti hilang setelah penggunaan PH Kapsul Buasir iaitu sebanyak 22.7% dan
gatal-gatal berkurang pada 45.5% pengguna. Data ini jelas menyokong bahawa PH
Kapsul Buasir mampu meredakan serta menghilangkan kegatalan pada dubur akibat
buasir.
Data survey ini menunjukkan kesemua pengguna PH Kapsul
Buasir mengalami masalah buang air besar. Hal ini berkait rapat dengan faktor
risiko terjadinya buasir. Setelah menggunakan PH Kpasul Buasir, 36.4%
mengatakan masalah pembuangan air besar teratasi. Manakala 45.5% mengatakan
masalah pembuangan air besar semakin baik. Dan hanya 18.2% belum mengalami
perubahan. Hal ini dijangkakan disebabkan tempoh penggunaan PH Kapsul Buasir
masih di awal.
Hasil survey menunjukkan 90.0% pesakit mempunya masalah
benjolan buasir yang terkeluar sehingga pesakit ini dikategorikan memiliki
masalah buasir dalaman tahap 2 dan ke atas. Seramai 4.5% pengguna PH Kapsul Buasir menyatakan bahawa
benjolan buasir mereka sudah hilang sepenuhnya. Manakala 50% pesakit mengatakan
benjolan buasir mereka semakin mengecut. Sebanyak 36.4% masih belum menunjukkan
perubahan. Data ini mencadangkan bahawa PH Kapsul Buasir mampu mengecutkan
benjolan buasir. Sehingga kepada pesakit yang belum menunjukkan perubahan,
kemungkinan dikeranakan tahap buasir yang sangat berat atau tempoh rawatan
masih peringkat awal.
Data ini diambil untuk melihat perubahan kepada pengguna
yang mengalami masalah buasir luaran. Sebanyak 86.4% pesakit mengalami masalah
buasir luaran manakala 13.6% hanya mengalami sembelit sehingga tiada masalah
pembengkakan pada dubur. Sebanyak 45.5% pengguna PH Kapsul Buasir mengatakan
keadaan bengkak pada dubur semakin surut. Manakala 40.9% menyatakan benjolan
belum ada perubahan. Hal ini menunjukkan tempoh rawatan adalah bermakna dalam
menyurutkan bengkak pada lingkaran dubur.
Data ini di ambil oleh seluruh pengguna PH Kapsul buasir
tanpa mengira masalah penghadaman dan buasir mereka. 22.7% menyatakan kesan
setelah menggunakan PH Kapsul buasir sangat memuaskan, 54.5% mengatakan
memuaskan dan 22.8% mengatakan belum dapat menilai kesan PH Kapsul Buasir kerana
tempoh rawatan masih di tahap awal.
Data dari survey ini di ambildari pesakit di bawah jagaan Safe
Empire Trading. 50% mengatakan layanan dari ahli khidmat pelanggan kami
sangat memuaskan. Manakala hanya 9.1% yang belum dapat memberi maklum balas
kerana tempoh rawatan masih di peringkat awal sehingga belum nampak kesan yang
diharapkan.
Kesimpulan
PH Kapsul Buasir dapat membantu merawat masalah yang
dihadapi pesakit buasir. Hal ini kerana, data dari survey ini jelas menunjukkan
PH Kapsul Buasir dapat membantu meredakan kesakitaan, kegatalan, membantu melancarkan
pembuangan air besar, mengecutkan benjolan dan meredakan pembengkakan bagi
pesakit buasir. Walaupun masih ada yang belum menampakkan kesan yang
diharapkan, beberapa soal selidik harus dilakukan untuk mengetahui faktor
penyebab mengapa belum ada perubahan yang diharapkan selain tempoh rawatan yang
masih singkat.
Rujukan
_______________________________________________________________________
Dianalisa oleh: Hazwani Mohamad, MD. Perunding Kesihatan Safe Empire Trading
© Safe
Empire Trading
Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana
bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan penulisan ini dalam apa jua
bentuk dan cara sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau
cara lain sebelum mendapat kebenaran bertulis daripada:
Bahagian Pembangunan Sumber Manusia
Safe Empire Trading, PT
3323, Tingkat 2, Belakang Telekom Bandar Jerteh, 22000 Jerteh, Terengganu.
Atau Email: Fazliesa101@gmail.com
No comments:
Post a Comment